Wednesday, 26 December 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


Assalamualaikum...
hai semua... hari ne aku betul2 x tau apa mau di buat.. bosan sangat duduk rumah... belum ada lagi peluang pekerjaan.. kalau ada, aku la yang sambar dulu.. ahahaha... so borink2 macam ne aku mau buat entry tentang sikap wanita dengan melihat cara berjalan... erm.. macam mana tu ya..  aku x tau la betul ka tidak ne, just mau share jak dengan kamu..aku dapat ne pun dari internet jugak..  apa2 pun jom skodeng sikap kamu wahai wanita...






1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan tidak semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. ok, itu saja untuk kali ne.. next time aku buat entry lagi k.. jumpa lagi.. dadaa... Assalamualikum.. 


From me in My Destiny Blog
kalau mau tips or apa2 la.. just comment atau tinggalkan pesan di chat room sebelah ne k.. >>>





♥ Thank You For Reading ! LIKE If You Want ♥

Friday, 1 June 2012

Lawatan Ke Universiti Malaysia Sabah ( UMS )

Assalammualaikum...
hai u all.. lama x tinjau2 blog nie.. rindu la pulak
bukan apa, baru2 ne kami student upper 6 SMK KUDAT 2 ada buat lawatan ke Universiti Malaysia Sabah
di Kota Kinabalu.. Wah.. best tau, rasa mcm student kat sana pun ada jua.. hehehehe
nak tengok tak gambar kami... ne Fath nak tunjuk


<<< yang ne first lawatan kami di Rumah Tebalik Tamparuli Sabah.. memang best tau di sni, bukan apa dalam ne semua tebalik.. heehehee.. from Kudat kami terus je singgah dekat sini.. apa lg, take pic la banyak..
korang pun kalau nak melancong datang je kat sini.. best tempat ne..








ne adalah imej depan rumah 2.. kreatif kan orang yang buat ruma ne.. haa..kalau nak tau, kami masuk kat ruma ke just bayar RM5 je coz ada kad pelajar.. klu x de mungkin dia caj RM10 kot.. tgok basikal 2 tebalik.. hehehe









<<< Haa..yang nie plak kat UMS kami melawat kat sini seawal 7.21am, laa..bukan apa ada sarapan disediakan oleh UMS sendiri.. sebenarnya masih ada lagi lawatan ke ZOO dan PERDANA PARK tapi x dapat upload la gambar 2.. next time Fath upload k.. sabar2.. masalah teknikal jew.. selepas sarapan kami dibawa melawat sekitar UMS banyak tempat2 menarik tau,, nak tgok??






yang ni adalah bangunan Canselori, dalam bagunan ne ada musium dan macam2 lagi.. cantik tau,












<<< yang ne plak dekat dalam musium 2.. maaf la gambar kabur2 skit.. hehehe, canon x menjadi.. hahaha..
















yang ne dalam musium 2.. cantik kan.. >>>>








<<< yang ne pulak adalah pantai dekat UMS, jarang kan ada U mcam ne, ada pantai pulak 2.. kami difahamkan pantai ne adalah untuk student bersantai2, picnik diwaktu lapang.. best kan???
ada jugak student berBBQ disini..









selepas 2 kami melawat ke Aquarium dalam UMS 2.. masuk dalam ne mcam betul2 kat dasar lautan, pening pun ada jugak.. hehehe












sorry la gambar gelap sikit, coz dalam ne ada peraturannya tau, X BOLEH ADA FLASH..
hmmm...pa lg, gambar pun jd gelap..












Haa...2 je la gambar2 yang dapat diupload.. sebenarnya banyak lagi.. tapi x banyak masa nak upload, next time Fath upload lagi yea... jangan marah. hehehe, doakan Fath dapat menjejakkan kaki ke sini ya as a student.. 2 la cita2 Fath sebenarnya. ok la fath x banyak msa ne nti fath upload gambar lg k.. tataa u all.. Assalammalikum... :)
♥ Thank You For Reading ! LIKE If You Want ♥