Friday 31 May 2013

Gambaran Dahsyat Hari Kiamat

Assalamualaikum... 


Semoga Bermanfaat ^__^ 


Selepas kali pertama Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
*Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.







Monday 27 May 2013

Betapa sayangnya Nabi SAW kepada umatnya

Assalamualaikum... ^_* 



Yazid Ar-Raqqasyi dari Anas bim Malik r.a berkata : Sewaktu Jibril menceritakan kepada Nabi SAW mengenai neraka. Jibril menerangkan 7 pintu neraka dan penghuni pada setiap pintu : 

  1. Pintu yang terbawah bernama alhawiyah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun.
  2. Pintu yang kedua bernama Jahim untuk orang-orang musyrikin.
  3. Pintu yang ketiga bernama saqar untuk orang-orang shobiim.
  4. Pintu yang keempat bernama ladha untuk Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi.
  5. Pintu yang kelima bernama huthomah untuk orang Yahudi
  6. Pintu keenam bernama sa'ier untuk orang kristian (Nasara)
Kemudian Jibril diam seketika dan segan pada Rasulullah sehingga Rasulullah tanya : Mengapa engkau tidak terangkan penduduk pintu ketujuh? Maka Jibril menjawab : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat. Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi bersabda : Ya Jibirl sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang dari umatku akan masuk ke dalam neraka? Jawabnya : Ya, iaitu orang berdosa besar dari umatmu.

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibirl juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. Sehingga sahabat baginda Umar dan Salman Al-Farisi datang ke rumah baginda tetapi tidak dapat bertemu Nabi. Nabi SAW menangis di dalam rumahnya selama beberapa hari sehingga sebam muka baginda kerana mengenangkan umatnya.

Betapa seksa dan ngeri penyeksaan yang dihadapi oleh umat Rasulullah di dalam neraka. Allah memanggil Jibril : Pergilah engkau lihat keadaan mereka di dalam neraka. Maka pergilah Jibril kepada Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah jahanam. Dan ketika Malik melihat Jibril segera bangun hormat berkata : Ya Jibril mengapakah engaku datang ke sini? Jawabnya : Bagaimana keadaan rombongan maksiat dari umat Muhammad SAW? Jawab Malik : Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman. Jibril berkata : Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka, maka Malik menyuruh Zabaniyah membuka tutup dan ketika mereka (penghuni neraka) melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan malaikat bahagian menyeksa, lalu penghuni neraka bertanya : Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu? Jawab Malik : Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Muhammad SAW. 

Dan ketika mereka mendengar nama Muhammad SAW maka serentak menjerit : Ya Jibril sampaikan salam kami kepada Muhammad SAW dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya, dan beritakan kepadanya keadaan kami. Maka kembalilah Jibril menghadap Allah, lalu ditanya : Bagaimana kamu melihat umat Muhammad? Jawabnya : Ya Tuhan alangkah buruk keadaan mereka. Lalu bertanya Allah : apakah mereka minta apa-apa kepadamu? Jawabnya : Ya mereka meminta sampaikan salam kepada Muhammad.

Jibril datang berjumpa Muhammad lalu berkata : Ya Muhammad saya datang dari rombongan orang yang durhaka dari ummatmu mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa sangat buruk keadaan yang mereka alami.

Maka pergilah Nabi SAW ke bawah Arasy sujud dan memuji Allah dengan pujian yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun, sehingga Allah menyuruh Nabi : Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberi, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima, maka Nabi SAW bersabda : Ya Tuhan orang-orang derhaka dari umatku, telah terlaksana pada mereka hukum-Mu, maka terimalah syafaatku. Allah berfirman : Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke nereka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap "La ilaaha illallah" maka pergilah Nabi SAW ke neraka dan ketika dilihat oleh malaikat Malik segera ia bangkit hormat, lalu ditanya : Hai Malik bagaimanakah keadaan umatku yang derhaka? Jawabnya : Alangkah buruk keadaan mereka dan sempit tempat mereka, lalu diperintah bukalah pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang neraka itu melihat Nabi Muhammad SAW mereka menjerit : Ya Muhammad, api nereka telah membakar kulit kami, maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu di bawa mereka itu ke sungai di muka pintu syurga yang bernama Nahrul hayawan, da disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda gagah elok, bulat matanya, sedang wajah mereka bagaikan bulan, tertulis di atas dahi mereka aljahanamiyun (orang-orang jahanam yang telah di bebaskan oleh Allah.) Dari neraka, kemudian mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata : Aduh sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka, demikianlah sebagaimana Firman Allah : Rubamaa yawaddul ladziina kafaruu lau kaanu muslimin (Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang muslimin.)

Lihatlah betapa besarnya kasih sayang Nabi SAW kepada kita sehinggakan baginda menangis selama beberapa hari akibat mengenangkan nasib kita (umatnya). Semoga kita semua dapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.










Sunday 26 May 2013

Kisah Ikhtibar : Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak




Assalamualaikum Sahabat... ^_* 


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital :

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. 

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Marilah kita mengambil ikhtibar dari kisah ini wahai sahabat pembaca sekalian.

Wallahhualam.



Untuk tontonan bersama ^_^ 










Saturday 25 May 2013

Sinar Islam ^_*


Islam Pasti Kembali Gemilang




  • Manusia itu jika kita terlalu mencintainya akan merana, buta panduan.kerana manusia hidupnya takkan kekal.Allah itu jika terlalu mencintaiNya akan bahagia selamanya kerana dia maha abadi
  • Jika kamu ingin disenangi manusia, maka senangilah mereka
  • Usahlah mengabaikan seseorang, kerana itu membunuh kasihnya kepadamu. Usahlah melupakannya, kerana kasihnya akan tertutup buatmu
  • Aku cepat lupa tentang kesalahanku kerana tidak ada seorangpun yang mengingatkanku
  • Kelembutan wanita adalah adalah lebih hebat dari perkasaan seorang lelaki
  • Kesempurnaan dan keindahan akan dicipta jika ada cinta, terlindung segala cela dan kecacatan. Setelah hilangnya cinta, perkara sebaliknya boleh berlaku
  • Mencapai kejayaan adalah penting, tetapi kesungguhan dalam mencapai kejayaan itu adalah lebih penting
  • Ramai orang memperolehi nasihat, tetapi ramai yang tidak memanfaatkannya
  • Antara saat indah dalam kehidupan ialah setelah anda mencapai kejayaan yang sebelumnya manusia pernah berkata kepada anda “kamu tidak mampu melakukannya”
  • Senyumanmu tidak memberi sebarang bebanan kepadamu tetapi memberi makna yang indah kepada seseorang
  • Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat
  • Janganlah bersedih hati dengan kata maki dan tuduhan nista yang manusia lemparkan kepadamu, sesungguhnya ianya tidak menghinakan dirimu, tetapi sebaliknya ia telah menghina mereka sendiri
  • Aku tahu bahawa Allah  telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatiku menjadi tenang
  • Manusia tidak akan terlepas dari pencinta yang memuji dan musuh yang membenci
  • Dua perkara yang ada dalam kehidupanmu. Angan-angan dan kematian. Angan-angan akan memanjangkannya dan kematian itu akan memendekkannya
  • Umar abdul aziz: sesungguhnya malam dan siang telah bekerja untuk kamu. Maka hendaklah kamu bekerja pada kedua-duanya
  • Iblis: aku merasa hairan dengan manusia, mereka mencintai Allah  tetapi mereka melakukan maksiat kepadaNya. Mereka membenciku, tetapi mereka menurutiku
  • Antara perkara yang hairankan ialah seorang ayah mengajar anak kecilnya bercakap dan berjalan, kemudian melarangnya
  • Jangan kamu minta seorang wanita mencintaimu,. Tetapi buatlah agar mereka mencintaimu
  • Wanita patut mengikut lelaki kerana mereka diciptakan setelah lelaki
  • Semakin hebat seorang wanita mencantikkan rupa wajahnya, semakin kuranglah dia mencantikkan rumahnya
  • Kata-kata seperti ubat. Bermanfaat ketika sedikit dan membunuh jika berlebihan
  • Tidak perlu anda berkata semua yang anda tahu, tetapi anda perlu tahu apa yang anda ingin katakan
  • Isteri yang cantik ialah isteri yang menanam kecantikkannya di dalam hati suaminya
  • Bukan keaiban jika kamu terjatuh, tetapi keaiban ialah kegagalan kamu untuk bangkit
  • Hati mampu keluarkan suara yang menyatakan bahawa ada seseorang sedang memandang ke arahmu dengan mata hatinya
  • Salah satu dari cabaran yang hebat ialah kamu mampu ketawa dalam keadaan mata hatimu berkaca duka
  • Kebanyakan orang akan melupakan kesalahan mereka tetapi aku tidak akan melupakan sebab kesalahan itu berlaku
  • Pernah orang bertanya kepada saidina Ali: “kenapa berlaku banyak kekacauan di zaman pemerintahanmu, sedangkan kamu adalah dari ahli bait Sallallahu Alaihi Wa Sallam, yang terawal memeluk islam, yang menerima pengiktirafan dari Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Tidak sebagaimana umar yang memerintah umat ini dengan aman dan terserlah keimanan umat itu menguasai.”lalu saidina Ali menjawab: “bagaimanakah mampu akan lakukan sebagaimana umar. Kerana rakyat umar adalah aku dan rakyatku pula adalah engkau.”
  • Kata seorang ilmuan setelah pulang dari pengajiannya di luar Negara: “wahai kaumku, janganlah engkau terlalu mendahului aku dengan meminta kepada berfatwa, tetapi dahuluilah kepadaku sokongan untuk kulakukan kebaikan dalam kehidupan kita, menyekat keburukan dan melakukan perubahan”
  • Meninggalkan maksiat adalah jihad dan usaha berterusan membendungnya adalah pertarungan
  • Isteri cerdik dan solehah mampu mengubah padang pasir kepada taman buahan indah
  • “Kita memerlukan pemuda yang soleh dan pemudi yang beriman untuk membina institusi keluarga bahagia”(muqawwimaat saadatuzzawaj)
  • “Ketiadaan diri peribadi Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan jawapan di atas kegagalan dakwah di zaman ini”(syed qutb)     











Friday 24 May 2013

Mari Belajar Bahasa Syurga ^_*


Ku persembahkan ini untuk entry May.. ^_*

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami